Latar Belakang

Permodalan Negeri Selangor Berhad atau dikenali sebagai PNSB merupakan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor, dibawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Sebagai sebuah organisasi milik kerajaan negeri Selangor, PNSB menumpukan pembangunan hartanah sebagai perniagaan teras, dengan membangun kediaman dan komersial serta perumahan dan perbandaran yang mampan dan mampu milik yang tertumpu di negeri Selangor dan Lembah Klang.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Selaku syarikat korporat yang prihatin dan bertanggungjawab, PNSB tidak mengutamakan keuntungan sahaja. PNSB juga telah melaksanakan aktiviti-aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) bagi meringankan beban rakyat Selangor dan mengeratkan hubungan komuniti setempat.