Pembinaan 120 Unit Rumah Pangsa Kos Rendah Di Taman Rakan, Sg. Long, Cheras.

Melalui usahasama dengan syarikat Bidara Lumayan Sdn. Bhd., Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah berjaya menyiapkan pembinaan 120 unit Rumah Pangsa Kos Rendah di Taman Rakan, Bandar Sg. Long, Cheras.

Projek yang meliputi kawasan seluas 15 ekar ini, telah siap dan diduduki serta memperolehi sijil kelayakan untuk menduduki bangunan (CF) pada 5 Jun 2005.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Akmar Fairuz (Bidara Lumayan Sdn. Bhd.) Tel: 55100740 Fax: 55101205, En. Yousman (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.