PROJEK PROGRAM KHAS PERUMAHAN KOS RENDAH YANG DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR (PERBADANAN) DENGAN SYARIKAT PEMBINAAN SIJAYA SDN. BHD. DI TAMAN PUTERI SUBANG, MUKIM SUNGAI BULUH, DAERAH PETALING.

Projek perumahan di atas adalah merupakan projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) yang dimajukan secara usahasama di antara Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dengan Syarikat Pembinaan Sijaya Sdn. Bhd.

Projek perumahan ini dikenali sebagai Taman Puteri Subang dan merangkumi kawasan seluas lebih kurang 46.4 ekar di atas sebahagian Bekas Hutan Simpan Sungai Buluh, Mukim Sungai Buluh, Daerah Petaling.

Komposisi pembangunan di Taman Puteri Subang ini adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT KEMAJUAN TERKINI PADA 15 JANUARI 2008
Rumah Pangsa Kos Rendah
510
Menunggu kelulusan pindaan pelan bangunan daripada MBSA.
Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah
150
Belum dibina.
Rumah Teres Kos Sederhana 2 Tingkat
270
FASA 1A
106 unit telah siap dan diduduki. CF diperolehi pada 26/5/2005.
12 unit - CF diperolehi pada 3.4.2006.

FASA 1B
108 unit telah siap dan diduduki. CF diperolehi pada 7.7.2004.
44 unit telah siap dan diduduki. CF diperolehi pada 21.11.2005.
Rumah Teres Kos Sederhana 1 Tingkat
83
FASA 1C
32 unit telah siap dan diduduki. CF diperolehi pada 26.5.2005.
32 unit - Telah siap & diduduki. C.F diperolehi pada 8.10.2007.
19 unit - Pembinaan siap 100%. Sedang menunggu kelulusan C.F.
Kedai
30
Belum dibina.
Plot Perniagaan
1
Belum dibina.

Tapak Rumah Pangsa Kos Rendah - belum dibina.

Tapak Plot Perniagaan dan Kedai Pejabat - belum dibina.

32 unit Rumah teres 2 tingkat (20’ x 75’) – dalam pembinaan (25% siap)

32 unit Rumah teres 2 tingkat (20’ x 75’) - telah siap & diduduki.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Encik K.K. Ng atau Encik Fuad, no. telefon 03-33732888 atau Puan Norlaili (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.