PROJEK PEMBANGUNAN DI ATAS LOT 1818, MUKIM AMPANG, DAERAH HULU LANGAT BAGI TUJUAN PENEMPATAN SETINGGAN (TAMAN SERI INTAN)

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui syarikat usahasamanya Tetuan Litazu Sdn. Bhd. sedang membangunkan tanah seluas 10 ekar di atas Lot 1818, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat bagi tujuan pembangunan perumahan dan komersial. Projek pembangunan yang telah dimulakan pada bulan Oktober 2003 dibahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa (1) dan (2).

Bagi pembangunan Fasa (1), ia melibatkan pembinaan 1 unit Blok Pangsapuri Kos Rendah (PKR) 14 tingkat yang mengandungi 208 unit rumah, Pencawang Elektrik dan kemudahan-kemudahan asas yang lain. Projek bagi Fasa (1) ini merupakan projek penempatan semula setinggan.

Kerja-kerja pembinaan Fasa 1 telahpun siap dan diduduki sepenuhnya serta Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) telah diperolehi pada 12 Oktober 2005.

Bagi pembangunan Fasa (2) pula, kerja-kerja pembinaan sebanyak 83 unit Rumah Teres Kos Sederhana 2 Tingkat dan 14 unit Kedai/Pejabat 2 Tingkat telah siap 100% dan kelulusan CF telah diperolehi pada 22 Mei 2007. Cadangan pembinaan 2 unit Banglo masih belum dimulakan.

KOMPOSISI PEMBANGUNAN UNIT STATUS KEMAJUAN SEHINGGA 8 JUN 2007
FASA 1    
Rumah Pangsa Kos Rendah
208
Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) telah diperolehi pada 12.10.2005 dan telah diduduki.
FASA 2    
Rumah Teres 2 Tingkat
83
Siap 100%. Sijil Layak Menduduki (CF) telah diperolehi pada 22 Mei 2007.
Kedai / Pejabat
14
Siap 100%. Sijil Layak Menduduki (CF) telah diperolehi pada 22 Mei 2007.

Gambar sekitar kawasan projek

208 unit Rumah Pangsa Kos Rendah (Pangsapuri Seri Intan). CF diperolehi pada 12 Oktober 2005.

83 unit Rumah Teres 2 Tingkat (20'x65'). Pembinaan 100% siap dan Sijil Layak Menduduki (CF) telah diperolehi pada 22 Mei 2007.

14 unit Kedai/Pejabat 2 Tingkat (20'x 65'). Pembinaan 100% siap.

Pemandangan Rumah Pangsa Kos Rendah & Rumah Teres 2 Tingkat.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Puan Dolly Chor (Litazu Sdn. Bhd.), Tel : 03-79579928 Fax : 03-79576928 atau En. Yousman (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.