PROJEK PERUMAHAN DI BAWAH PROGRAM KHAS PERUMAHAN
KOS RENDAH YANG DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA SETIAUSAHA KERAJAAN
SELANGOR (PERBADANAN) DENGAN SYARIKAT LEAGUE SYNERGY SDN. BHD. DI ATAS
SEBAHAGIAN LOT 896, MUKIM KERLING DAERAH HULU SELANGOR.
Projek
perumahan di atas adalah merupakan projek di bawah Program Khas Perumahan
Kos Rendah (PKPKR) yang dimajukan secara usahasama di antara Setiausaha
Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dengan Syarikat League Synergy Sdn.
Bhd. di atas sebahagian Lot 896, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor.
Projek perumahan ini dikenali sebagai Taman Lembah Damai, dan merangkumi
kawasan seluas lebih kurang 25.78 ekar yang telah diberimilik oleh Kerajaan
Negeri Selangor kepada PSKS.
Komposisi pembangunan di Taman Lembah Damai adalah seperti berikut :-
| JENIS
RUMAH |
UNIT |
KEMAJUAN
TERKINI PADA 15 JANUARI 2008 |
| Rumah
Teres Kos Rendah |
304 |
204
unit - siap dan diduduki.
104 unit - belum dibina kerana tiada pembeli. |
| Rumah
Teres Kos Sederhana Rendah |
304 |
18 unit - siap dan diduduki.
78 unit - belum dibina kerana tiada pembeli. |
| Rumah
Sesebuah |
28 |
Belum
dibina kerana tiada pembeli. |
| Kedai
Kos Rendah |
19 |
10
unit - siap dibina
9 unit - belum dibina kerana tiada pembeli. |
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Miss Chong Sze Wei,
no telefon 03-60933118 atau Puan Norlaili (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax
: 03-55107232. |