Projek Pangsapuri Kos Rendah Taman Harmoni, Balakong Projek perumahan ini dikenali sebagai Taman Harmoni, Balakong dan merangkumi kawasan seluas lebih kurang 1.750 ekar di atas PT 22873, Sebahagian Lot 82, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat. Jenis rumah yang dibina di Taman Harmoni ini ialah 270 unit Pangsapuri Kos Rendah (PKR) dan kemajuan projek adalah seperti berikut:-
Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (C.F) telah diperolehi daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 1 Julai 2005. 244 pembeli terdahulu telah ditawarkan semula PKR ini dengan harga RM35,000.00 seunit manakala bakinya dijual kepada orang ramai dengan harga RM42,000.00 seunit. PROJEK INI TELAH SIAP SEPENUHNYA. Sebarang pertanyaan berkenaan projek perumahan ini, sila berhubung dengan Cik Nordalilawati (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232. |
|||||||||||||||