Projek Perumahan Taman Bukit Segar Jaya, Ampang

Merupakan projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) yang dimajukan secara usahasama di antara Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dengan Syarikat Meseba Sdn. Bhd.

Projek perumahan ini dikenali sebagai Taman Bukit Segar Jaya dan merangkumi kawasan seluas lebih kurang 82.85 ekar di atas sebahagian Bekas Hutan Simpan Bukit Sungai Kayu Putih, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat.

Komposisi pembangunan di Taman Taman Bukit Segar Jaya ini adalah seperti berikut:-

JENIS RUMAH UNIT KEMAJUAN TERKINI
Rumah Pangsa Kos Rendah
466
Siap & Diduduki. CF diperolehi pada 11.8.2005
Kedai Tingkat Bawah
26
Siap & Diduduki. CF diperolehi pada 11.8.2005
Rumah Kos Sederhana 3 Tingkat
171
Siap & Diduduki. CF diperolehi pada 29.6.2004
Rumah Kos Sederhana 3 Tingkat
243
Siap & Diduduki. CF diperolehi pada 22.12.2004.


PROJEK INI TELAH SIAP SEPENUHNYA.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Miss Sia, Tel : 03-40245678 atau Puan Norlaili (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.