PROJEK PROGRAM KHAS PERUMAHAN KOS RENDAH YANG DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR (PERBADANAN) DENGAN SYARIKAT KEMAS ANGGUN SDN. BHD. DI TAMAN BUKIT SEGAR, MUKIM AMPANG, DAERAH HULU LANGAT.

Projek perumahan di atas adalah merupakan projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) yang dimajukan secara usahasama di antara Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dengan Syarikat Kemas Anggun Sdn. Bhd.

Projek perumahan ini dikenali sebagai Taman Bukit Segar dan merangkumi kawasan seluas lebih kurang 40 ekar di atas sebahagian Bekas Hutan Simpan Bukit Sungai Kayu Putih, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat.

Komposisi pembangunan di Taman Bukit Segar ini adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT STATUS KEMAJUAN PADA 7 NOVEMBER 2006
Rumah Pangsa Kos Rendah Fasa
548
Blok A1 (183 unit) :
- dalam pembinaan - 50% siap.
Blok A2 (183 unit) :
- dalam pembinaan - 20% siap.
Blok A3 (182 unit) :
- pembinaan siap 100%.

Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah

Kedai Tingkat Bawah

738

22

Siap dan telah diduduki. CF telah diperolehi pada 22.12.2004.
Rumah Teres Kos Sederhana
137
Siap dan telah diduduki. CF telah diperolehi pada 5.5.2005.
Kedai/Pejabat
36
Dalam pembinaan - 95% siap.

 

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cik Isma, Tel : 03-20720118 atau Puan Norlaili (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.