PROJEK PROGRAM KHAS PERUMAHAN KOS RENDAH YANG DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR (PERBADANAN) DENGAN SYARIKAT TASIK PRIMULA SDN. BHD. DI SEBAHAGIAN LOT 2071, MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN.

Projek perumahan di atas merupakan projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) yang dimajukan secara usahasama di antara Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dengan Syarikat Tasik Primula Sdn. Bhd. yang menggantikan Syarikat Prominent Palace Sdn. Bhd. yang ditamatkan perjanjian usahasama dengan PSKS kerana melanggar perjanjian.

Projek ini terletak di sebahagian Lot 2071, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor yang merangkumi kawasan seluas lebih kurang 12.42 ekar dan merupakan kawasan berbukit.

Komposisi pembangunan di sebahagian Lot 2071, Mukim Batu, daerah Gombak ini adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT KEMAJUAN TERKINI
Rumah Pangsa Kos Sederhana
1400

Masalah pertindihan sempadan dengan tanah bersebelahan (Lot 61998).

Permohonan Menyerah Balik Tanah dan Memohon Semula Tanah telah dikemukakan kepada PTD Gombak pada 11.4.2005 untuk kelulusan.


Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Yip Kok Keong / En. Lee See Cheong no telefon 03-40228886 atau Puan Norlaili (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.