PROJEK PEMBANGUNAN BERCAMPUR DI ATAS LOT
3422, H.S.(D) 177906, MUKIM PETALING, DAERAH PETALING SELUAS 10.49 EKAR
YANG DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA PNSB DENGAN SYARIKAT UTARARIA
DEVELOPMENT SDN. BHD.
Projek
perumahan di atas adalah merupakan projek yang dimajukan secara usahasama
di antara Permodalan Negeri Selangor Berhad dengan Syarikat Utararia Development
Sdn. Bhd.
Projek pembinan perumahan bercampur ini, merangkumi kawasan seluas lebih
kurang 10.49 ekar yang melibatkan pembinaan Pangsapuri Perkhidmatan, Rumah
Kelab, Kolam Renang serta Tempat Letak Kereta Bertingkat (3 Tingkat) di
Fasa 1 - Dua blok (300 unit) dan Fasa II - Dua blok (636 unit).
Status kemajuan projek adalah seperti berikut:-
| JENIS
RUMAH |
UNIT |
STATUS
KEMAJUAN SEHINGGA 30 JANUARI 2007 |
| Fasa
1 |
|
|
| Pangsapuri
Perkhidmatan, Rumah Kelab serta Kolam Renang |
300 |
i
- Kerja-kerja pembinaan keseluruhan bangunan dan infrastruktur utama
telah siap dilaksanakan.
ii - Telah memperolehi Sijil Menduduki Bangunan (CFO). Peratusan kerja
siap - 100%. |
| Fasa
2 |
|
|
| Pangsapuri
Perkhidmatan, Rumah Kelab, Tempat Letak Kereta Bertingkat serta Kolam
Renang |
636 |
i -
Kerja-kerja konkrit struktur utama hampir siap dilaksanakan.
ii - Kerja-kerja mengecat dinding luaran bangunan, pemasangan peralatan
sanitari dan elektrikal di dalam bangunan sedang giat dijalankan.
Peratusan kerja siap 95.56%. |
Pegawai yang boleh dihubungi untuk keterangan lanjut - Mr. Lee Ong Ping
no. telefon 03-80618033
|