CADANGAN PEMBANGUNAN DI ATAS LOT 9 DAN SEBAHAGIAN LOT 10, JALAN PADANG, PELABUHAN KLANG.

Projek perumahan di atas adalah merupakan projek secara usahasama di antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Syarikat Galeri Cekap Sdn. Bhd.

Pembinaan projek perumahan ini dikenali sebagai Taman Prima Impian, merangkumi kawasan seluas lebih kurang 3.1 ekar di Lot 9 & Sebahagian Lot 10, Jalan Padang, Pelabuhan Klang, Daerah Klang.

Komposisi pembangunan di projek ini adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT STATUS KEMAJUAN SEHINGGA 15 JANUARI 2008
Rumah Teres 2 Tingkat (20'x60')
30

Kerja-kerja pemasangan kerangka tingkap, pintu serta dinding sedang dijalankan dan pada peringkat 65% siap.

Rumah Berkembar 2 Tingkat (31'x70')
12

Kerja-kerja pemasangan kerangka tingkap, pintu serta dinding sedang dijalankan dan pada peringkat 70% siap.

Gambar sekitar kawasan projek pada 15 Januari 2008

Rumah Contoh - Rumah Berkembar 2 Tingkat (31'x70')

Rumah Contoh - Rumah Teres 2 Tingkat (20'x60')

Pembinaan Rumah Berkembar 2 Tingkat (31'x70').

Pembinaan Rumah Teres 2 Tingkat (20'x60').

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cik Lee Eileen (Galeri Cekap Sdn. Bhd.), Tel : 03-78777333/03-78618005 Fax : 03-78777111 atau En. Norzhaidi Hamid (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.