CADANGAN PEMBANGUNAN DI ATAS LOT 2348, BATU 20 1/2, JALAN BROGA, MUKIM SEMENYIH

Projek perumahan di atas adalah merupakan projek secara usahasama di antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Syarikat Fairview Development Sdn. Bhd.

Pembinaan projek perumahan ini merangkumi kawasan seluas lebih kurang 24 ekar di Lot 2348, Batu 20 1/2, Jalan Broga, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat.

Komposisi pembangunan di projek ini adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT STATUS KEMAJUAN SEHINGGA 15 JUN 2008
Rumah Kos Rendah
120

Kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

Rumah Kos Sederhana Rendah
74
 
- 2 Tingkat (18' x 55') - 37 unit

Kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

- 2 Tingkat (18' x 50') - 13 unit

Kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

- 2 Tingkat (18' x 65') - 24 unit

Kerja-kerja pembinaan bangunan & infra telah siap sepenuhnya. CF telah diperolehi pada 21.12.2007

Rumah Kos Sederhana
296
 
- 1 Tingkat (22' x 60') - 114 unit

Kerja-kerja pembinaan 114 unit Rumah Kos Sederhana pada peringkat 100% siap. Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) telah diperolehi. 95% rumah telah diduduki serta kesemua unit telah habis dijual.

- 1 Tingkat (20' x 81') - 26 unit

Kerja-kerja pembinaan telah disiapkan dan Sijil Layak Menduduki Bangunan telah diperolehi. 95% rumah telah diduduki serta kesemua unit telah habis dijual.

- 2 Tingkat (20' x 70') - 156 unit
> Jenis A (2 Tingkat) - 88 unit
> Jenis B (1 Tingkat) - 68 unit

Kerja-kerja pembinaan bagi Rumah Kos Sederhana Jenis A masih belum dimulakan. Manakala bagi Jenis B, kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dan pada peringkat 60% siap.

Gambar sekitar kawasan projek

Rumah Kos Sederhana Rendah 2 Tingkat
(18' x 65') - 24 unit.

Rumah Kos Sederhana 1 Tingkat
(22' x 60') - 114 unit..

Rumah Kos Sederhana 1 Tingkat
(22' x 81') - 26 unit.

 

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Dzulkeflee Khairuddin (Fairview Development Sdn. Bhd.), Tel : 03-87371111 atau En. Ahmad Shahrizal / En. Norzhaidi Hamid (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.