CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 180 UNIT RUMAH PANGSA KOS RENDAH (RPKR), 8 UNIT KEDAI DAN 340 UNIT RUMAH PANGSA KOS SEDERHANA (RPKS) DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 9877 DAN KAWASAN SEKITARNYA DALAM MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN SELUAS LEBIH KURANG 6 EKAR.

Projek perumahan di atas merupakan projek kendalian PNSB dengan melantik Syarikat Sri Edar Sdn Bhd sebagai kontraktor di atas sebahagian Lot 9877, Kg Wira Damai, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Projek perumahan ini terletak dalam bekas kawasan perumahan setinggan yang dikenali sebagai Rumah Panjang Wira Damai dan merangkumi kawasan seluas lebih kurang 6 ekar.

Komposisi pembangunan di Kg. Wira Damai adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT KEMAJUAN TERKINI PADA 15 JANUARI 2008
FASA 1
Pangsapuri Kos Rendah
(PKR ini adalah untuk menempatkan setinggan Rumah Panjang seramai 170 orang)
180

Pembinaan Pangsapuri telah siap 100%. Sedang menunggu kelulusan C.f.


Rumah Kedai

8
FASA 2
Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah 340 Belum dibina. Tapak masih diduduki setinggan rumah panjang dan akan dipindahkan setelah PKR Fasa I siap dibina.
Rumah Kedai 8

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Encik Rohaizat (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.