CADANGAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA MASJID MA'MUNIAH SUNGAI NIPAH DI ATAS LOT 10174, KAMPUNG SIMPANG LIMA MUKIM PANCHANG BEDENA, DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Cadangan meroboh dan membina semula Masjid Ma’Muniah ini dimajukan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang mana Tunjang Bina Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai kontraktor.

Pembinaan semula masjid ini terletak di dalam kawasan seluas lebih kurang 2.4 ekar di Lot 10174, Kg. Simpang Lima, Mukim Panchang Bedena, Daerah Sabak Bernam, Selangor.

Pada masa kini pembinaan masjid telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada AJK masjid pada 11.4.2006 serta telah digunakan kali pertama pada majlis Maulidur Rasul.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 24 November 2006.

Gambar-gambar Kawasan Masjid

Pandangan dewan sembahyang utama

Dewan sembahyang muslimat.

Pandangan tepi sebelah kiri.

Pandangan bahagian belakang.

PROJEK TELAH SIAP SEPENUHNYA