PROJEK PERUMAHAN DI BAWAH PROGRAM KHAS PERUMAHAN KOS RENDAH YANG DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR (PERBADANAN) DENGAN SYARIKAT LINDUNGAN SERVICES SDN. BHD. DI SG. CHOH, MUKIM SERENDAH, DAERAH HULU SELANGOR.

Projek perumahan di atas adalah merupakan projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) yang dimajukan secara usahasama di antara Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dengan Syarikat Lindungan Services Sdn. Bhd.

Projek perumahan ini terletak di Sg. Choh dan merangkumi kawasan seluas lebih kurang 29.87 ekar di atas lot 2984, 2985 dan 2114, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor.

Komposisi pembangunan adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT KEMAJUAN TERKINI
Rumah Teres Kos Sederhana
309
Belum dibina.
Kedai
18
Belum dibina.


Pelan tatatur pindaan telah dikemukakan ke jabatan-jabatan teknikal pada 28.4.2006. Pemaju telah diarahkan oleh Pejabat Tanah Hulu Selangor untuk mendapatkan 'survey plan' bagi keseluruhan kawasan pembangunan terlebih dahulu kerana projek ini telah tertangguh terlalu lama. Pemaju memaklumkan proses penyediaan 'survey plan' telah diselesaikan dan akan menghantar laporan tersebut kepada PNSB dan Pejabat Tanah Hulu Selangor untuk proses permohonan kelulusan pelan tatatur seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dato' Adnan Buyong, no. telefon 03-90595637/9 (o) / 012-2877936 (h/p) atau Cik Siti Norain (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.