PROJEK PERUMAHAN DI BAWAH PROGRAM KHAS PERUMAHAN KOS RENDAH YANG DIMAJUKAN SECARA USAHASAMA DI ANTARA SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR (PERBADANAN) DENGAN SYARIKAT KEMAJUAN RAJAWALI SDN. BHD. DI PEKAN SERENDAH, MUKIM SERENDAH, DAERAH HULU SELANGOR.

Projek perumahan di atas adalah merupakan projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) yang dimajukan secara usahasama di antara Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dengan Syarikat Kemajuan Rajawali Sdn. Bhd.

Projek perumahan ini terletak di Pekan Serendah dan merangkumi kawasan seluas lebih kurang 30 ekar di atas sebahagian lot 329, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor.

Komposisi pembangunan adalah seperti berikut :-

JENIS RUMAH UNIT KEMAJUAN TERKINI
Rumah Teres Kos Rendah
(Jenis A) - 20' x 63'
91
Belum dibina.
Rumah Teres Kos Sederhana
(Jenis A) - 20' x 55'
213
Belum dibina.
Rumah Kedai
15
Belum dibina.


Projek ini belum dimulakan kerana menunggu kelulusan muktamad tanah daripada Kerajaan Negeri bagi tujuan mengeluarkan syarat-syarat tanah dan Notis 5A bayaran premium tanah.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Hj. Kinin no. telefon 012-2010677(hp) atau Cik Siti Norain (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.