Hubungi Kami Utama

Latar Belakang

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan telah diperbadankan pada 15 Oktober 1990 di bawah Akta Syarikat 1965. PNSB mula beroperasi pada 1 Disember 1991. Modal dibenar adalah sebanyak RM100 juta manakala modal berbayar adalah RM24 juta. PNSB telah ditubuhkan untuk mengambilalih operasi projek komersil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) (PSKS) atau SSI. PNSB juga melaksanakan projek-projek pembangunan PNSB sendiri yang melibatkan kepelbagaian aktiviti terutamanya pembangunan hartanah dan lain-lain perkhidmatan seperti insuran dan pengurusan hartanah (pertanian) adalah menerusi anak-anak syarikatnya.