PROJEK PEMBINAAN 694 UNIT RUMAH PANGSA KOS RENDAH DI KG. BEREMBANG HILIR Pembinaan projek perumahan ini merangkumi kawasan seluas lebih kurang 21.15 ekar di Jalan Aman, Kg. Berembang Hilir, Daerah Gombak. Komposisi pembangunan di projek ini adalah seperti berikut :-
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Muhd Zali Md Shah, Tel : 03-33438833 atau En. Yousman (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232. |
||||||
Tazkirah : Pencarian Di Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan
Program yang dimulakan tepat jam 8.45 pagi itu telah didahului dengan bacaan surah yasin serta doa. Dalam tazkirah tersebut Tuan Penceramah telah memperjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan malam Lailatul Qadar serta hikmah yang terdapat padanya. Para hadirin juga digalakkan menghidupkan malam Lailatul Qadar seperti banyak mengerjakan solat sunat dan tahajud, bertahlil, bertahmid, beristighfar, bertasbih, berselawat dan berzikir. Disampingkan itu juga, hendaklah memperbanyakkan membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa untuk diri sendiri, ibubapa, sahabat handai dan seluruh kaum muslimin. Tazkirah tamat pada jam 10.30 pagi, dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Hj Safuan bin Nayan oleh Dato’ Abdul Jabar Bin Kamin, mewakili pihak pengurusan dan kakitangan PNSB. Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Dato' Abdul Jabar tidak ketinggalan memberikan sedikit ucapan pada majlis tersebut. Antara pesanan beliau agar pegawai serta kakitangan yang balik kekampung agar berhati-hati semasa memandu, selamat pulang dan selamat kembali bekerja. Akhir sekali telah diadakan satu majlis halaqah, iaitu majlis bermaaf-maafan di kalangan pegawai dan kakitangan PNSB. |
||||||
Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Wang Zakat Perniagaan
Penyerahan Wang Zakat Perniagaan oleh PNSB telah dilaksanakan melalui Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Wang Zakat Perniagaan di Kediaman Rasmi YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 23 Oktober 2005, telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Mohamad Khir Bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor. Bersama-sama menyumbang merupakan 9 buah syarikat dan seorang individu di mana jumlah keseluruhan zakat yang diterima adalah sebanyak RM1,783,935.10. Turut hadir di majlis ini YAB. Dato’ Ramlan Bin Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama juga majlis turut meraikan seramai 500 orang anak-anak yatim yang didatangkan khas dari Sungai Besar. |
||||||
Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Warga Uniform Anjuran BALKIS & PNSB
Majlis yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Hj. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor ini telah berlangsung di Dewan Megawati di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar pada Khamis, 20 Oktober 2005. Program yang dianjurkan bersama ini merupakan salah satu daripada aktiviti amal BALKIS dan PNSB sejak bersama-sama menjalinkan perkongsian bijak di dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup serta membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin. Peranan yang dimainkan oleh BALKIS dan PNSB ini jelas mempamerkan rasa tanggungjawab dan keperihatinan terhadap golongan yang kurang berkemampuan dan kurang upaya. Di majlis yang dianjurkan ini, BALKIS dan PNSB telah menyumbang hamper serta duit raya kepada 650 orang penerima yang terdiri daripada golongan fakir miskin dan keluarga dari pasukan-pasukan beruniform. Majlis Penyampaian Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor dan YABhg. Datin Seri Zahrah Kechik, selaku Yang DiPertua BALKIS dengan disaksikan oleh dif-dif kehormat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan para jemputan yang lain. PNSB pula diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, YBhg. Dato’ Abdul Jabar Bin Kamin, para pengurusan dan kakitangan. |
||||||
Mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB Kali Ke-2
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo telah dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan PNSB serta Pengurus Besar anak-anak syarikat PNSB. Mesyuarat antara lain membincangkan isu-isu pembangunan semasa dan juga pembangunan yang akan dijalankan pada masa hadapan. Mesyuarat yang telah bermula pada jam 9.00 pagi telah ditangguhkan pada jam 1.30 petang. Mesyuarat Lembaga Pengarah PNSB yang seterusnya iaitu kali ke-3 bagi tahun 2005 dijadualkan akan berlangsung pada bulan Disember ini. |
||||||
Sepang Gold Coast Brazilian Beach Futsal Fiesta 2005
Di antara tetamu yang hadir di majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Sepang, Tuan Amin Jaya Mohd. Din; ADUN Kawasan Dengkil, YB Suhaimi bin Mohd Ghazali; Ketua Eksekutif PNSB, Dato' Abdul Jabar Kamin; Ahli Lembaga Pengarah Sepang Gold Coast, Pak Yanki Regan; Presiden Sepang Gold Coast Sdn. Bhd., Encik Ho Hok Seng dan ketua-ketua jabatan. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan pengunjung ke Pantai Bagan Lalang menyaksikan serta mengambil bahagian di dalam klinik bolasepak dan pertandingan 'beach futsal' yang dikelolakan oleh Brazilian Football Academy of Malaysia. Program sehari ini berjaya menarik lebih kurang 1,000 orang pengunjung tempatan dan pelancong asing ke Pantai Bagan Lalang, Sepang. |
||||||
Program Pengisian Ramadhan I
Program yang dimulakan tepat jam 8.45 pagi itu telah didahului dengan bacaan surah yasin serta doa dan kemudiannya Tuan Penceramah telah mengupas secara ringkas tetapi dengan berkesan tentang topik persoalan "Pentingkah Ramadhan?” melalui cerita-cerita sejarah zaman Rasulullah S.A.W yang cukup menyentuh perasaan setiap peserta yang hadir. Tumpuan telah diberikan kepada permasalahan dosa-dosa kecil yang berlaku di zaman Rasulullah berbanding situasi sebenar yang berlaku pada zaman sekarang. Di samping itu, hadirin yang hadir turut diingatkan tentang dosa-dosa kecil yang seharusnya dielakkan sama sekali dan tidak sesekali dipandang ringan. Keseluruhannya, program kali ini telah memperlihatkan kepentingan ramadhan
sebagai bulan untuk mengekang hawa nafsu dari setiap sudut. Jesteru, jika
hawa nafsu dapat dikekang pasti kesedaran, keinsafan dan bibit keimanan
yang dicari akan terdetik di bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan
ini. |
||||||
Majlis Menandatangani Perjanjian Sewa Tanah Di Antara PNSB Dengan Pekebun Sayur
Pekebun-pekebun ini ditawarkan untuk menyewa tanah seluas 255.62 ekar (103.45 hektar) daripada 544.52 ekar (220.36 hektar) di atas 3 hakmilik PNSB (PT.10, PT.11 dan PT.12, Bandar Sg. Chik, Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor). Kebun-kebun yang telah diukur mengikut keluasan asal sediada telah ditawarkan sewa sebanyak RM100 sehektar berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (80/5/2005) yang bersidang pada 23hb. Mac 2005. Pekebun-pekebun disarankan untuk mengimplikasikan teknologi penanaman yang lebih saintifik supaya hasil penanaman dapat bertambah. Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan memantau sepenuhnya konsep penanaman agroteknologi di kawasan ini dan adalah diharapkan akan mampu untuk membekalkan sayuran di Negeri Selangor dan seterusnya akan mengurangkan import sayuran dari negeri lain. |
||||||
Kursus Penjagaan Kereta Kelolaan AAM
Kursus ini telah dijalankan di Stadium Mini, Seksyen 13, Shah Alam dan dikelolakan oleh Syed Danil daripada Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Sempena kursus tersebut, pihak AAM juga telah memberikan potongan 30% kepada peserta yang ingin mendaftar sebagai ahli AAM. Peserta telah didedahkan dengan berbagai panduan penjagaan kereta, seperti penjagaan bateri kereta, penukaran minyak enjin dan minyak transmisi kereta secara berkala, penjagaan radiator, penukaran tayar kereta serta langkah-langkah keselamatan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan. Tidak ketinggalan juga beberapa panduan penjimatan penggunaan petrol serta panduan mengemukakan tuntutan insuran kemalangan. |
||||||
Ekspedisi Hutan Simpan Bukit Cherakah
Jungle-trekking ini merupakan perjalanan merentas hutan sejauh 3 km, bermula dari Empangan Air Kuning hingga ke Empangan Sungai Baru yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Ekspedisi buat julung kali ini telah diketuai oleh Yousman Yaakub, dan turut serta adalah Presiden Kelab, Ahmad Zaimi Ibrahim. Objektif utama aktiviti Jungle-Trekking ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, menguji ketahanan diri dalam melalui halangan sepanjang perjalanan seperti mendaki bukit, meredah paya dan belukar, merempuh onak dan duri serta memberi pendedahan kepada peserta tentang betapa pentingnya kehidupan hutan dan alam semulajadi kepada manusia. “Buat permulaan kita hanya merentas hutan sejauh 3 km sahaja dan seterusnya kita akan tambah kepada 7 km dalam masa terdekat ini. Ini merupakan persediaan bagi memulakan cabaran ekspedisi ke Gunung Nuang”, kata Zaimi. Biarpun semua anggota ekspedisi penat dan keletihan namun terpampang di wajah masing-masing kepuasan kerana ia memberikan satu pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan malah terpahat banyak kenangan manis, lucu dan cemas. |
||||||
LIGA SUPER FAS-MKLAND : PNSB KEMPUNAN
Kedua-dua pasukan turun dengan tekad untuk mencipta kemenangan bagi melayakkan diri ke separuh akhir. Babak pertama permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencipta gol pendahuluan. Akibat kesilapan bahagian pertahanan Flames menghukum PNSB dengan mendahului 1-0 pada minit ke-10. Separuh masa kedua menyaksikan PNSB cuba bangkit dengan banyak melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan. Namun begitu, Flames menambah lagi jaringan menerusi “counter attack” pada minit ke-77. Gol saguhati PNSB diperolehi menerusi Rohaizat Jombry apabila berjaya merampas bola dari penjaga gol seterusnya menolak masuk ke gawang pada minit ke-82. Dengan kekalahan ini PNSB gagal melayakkan diri ke separuh akhir apabila sekadar menduduki tangga ketiga Kumpulan B Liga Super FAS-MKLand. Hanya 2 pasukan teratas setiap kumpulan iaitu Flames & UMNO melangkah ke pusingan seterusnya sementara Kampung Pandan & PBSD Kuala Langat mewakili Kumpulan A. |
||||||
LIGA SUPER FAS-MKLAND : PNSB TEWASKAN HONG CHIN
Walaupun PNSB bermain di bawah tahap sebenar, Mohd Fauzan Dzulkifli memastikan Hong Chin FC pulang hampa apabila jaringan gol beliau pada minit ke-5 menerusi sepakan volly dari luar kotak penalti selepas penjaga gol Hong Chin gagal menepis keluar bola dengan kemas hasil sepakan sudut Hairul Anuar Othman. Babak kedua menyaksikan Hong Chin banyak melakukan gerakan dan serangan bagi menyamakan kedudukan tetapi barisan pertahanan PNSB berjaya mengekang setiap asakan. Minit ke 80 PNSB hampir menambah jaringan melalui Rohaizat Jombry, tetapi tandukan beliau melambung melepasi palang gol. Dengan berbaki satu perlawanan, PNSB perlu menang ke atas Flames FC bagi menempah satu slot ke perlawanan separuh akhir pada 8 September ini. |
||||||
Majlis Menandatangani Perjanjian Jualbeli Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Harmoni, Balakong
Projek pembinaan RPKR ini merupakan salah satu projek di bawah “Rescue Programme” di mana Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) telah melantik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai pengurus projek bagi membina dan menyiapkan pembinaan 244 unit RPKR yang terbengkalai daripada pemaju terdahulu iaitu Syarikat K&T Develoment Sdn. Bhd.. Seramai 244 pembeli asal telah ditawarkan untuk membeli RPKR berkenaan dengan harga RM35,000.00 seunit dan menandatangani semula Perjanjian Juabeli dengan PSKS. Bayaran 10% yang telah dibayar terdahulu dijadikan sebahagian daripada bayaran harga RPKR dan bayaran guaman bagi Perjanjian Jualbeli akan ditanggung oleh PSKS. 135 orang pembeli telah hadir dan menandatangani perjanjian jualbeli tersebut, manakala 98 orang pembeli tidak hadir. 10 unit RPKR telah dibatalkan pembelian oleh pembeli asal dan pihak pemaju telah menjual semula pada tahun 1998 & 1999 (KIV), manakala 1 unit lagi merupakan dewan orang ramai. PNSB telah melantik Tetuan Mak Farid & Company sebagai peguam bagi
menguruskan perjanjian jualbeli, manakala RHB Bank Berhad cawangan Taman
Sg. Besi dan Ambank Berhad bagi menguruskan pembiayaan pembelian pada
majlis tersebut. Sekiranya terdapat kekosongan daripada 244 yang telah
ditawarkan kepada pembeli-pembeli terdahulu, ianya akan dijual kepada
orang awam dengan harga RM42,000.00 seunit. |
||||||