PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA MENYAMBUT SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE 48 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Majlis tahunan ini telah dihadiri oleh YAB. Dato’ Seri Dr Hj Mohamad Khir Bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor serta ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, telah dilangsungkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Acara kemuncak pada hari tersebut merupakan pertandingan acara lintas hormat oleh pelbagai agensi swasta, agensi-agensi Kerajaan, IPTS/IPTA, Sekolah dan Badan Berkanun. |
PNSB Sertai Shah Alam International Fair 2005 (SAIF 2005)
Ke arah itu, PNSB telah turut mengambil bahagian dengan bergabung tenaga dengan anak-anak syarikatnya, Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) dan PNSB Insurance Brokers Sdn Bhd (PIBSB). Disamping itu, syarikat-syarikat usahasama seperti LBS Bina Group Berhad, I&P Morib Sdn Bhd, Glomac Rawang Sdn Bhd, Acmar International Group, Dasar Beringin Sdn Bhd serta Serambi Padu Sdn Bhd juga telah memberi sokongan padu mengambil bahagian di bawah bumbung PNSB. Majlis Perasmian SAIF 2005 yang dilaksanakan pada 26 Ogos 2005, telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut bersama beliau, YAB. Dato’ Seri Dr Hj Mohamad Khir Bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor serta Exco-Exco Kerajaan Negeri yang telah bersama-sama melawat tapak-tapak pameran. YAB. Dato’ Seri Najib juga telah sudi melawat “booth” Permodalan Negeri Selangor Berhad dan telah menurunkan tandatangan beliau di Buku Pelawat syarikat. Permodalan Negeri Selangor Berhad telah diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, YBhg. Dato’ Abdul Jabar Bin Kamin serta pegawai-pegawai Pengurusan. |
Perlawanan Persahabatan Pilihan PNSB Dengan Pilihan MBSA
MBSA bermula garang pada awal babak pertama tetapi kekebalan benteng terakhir PNSB berjaya mengekang setiap asakan dan serangan. Minit ke 25, PNSB mendahului 1-0 melalui sepakan percuma oleh Zainal Nordin dari luar kotak terus menerjah di sebelah kanan gawang MBSA. Selepas rehat MBSA menggandakan asakan dan memperolehi gol penyamaan hasil kesilapan benteng pertahanan PNSB pada minit ke-7 separuh masa kedua. Kegembiraan MBSA hanya bertahan tidak sampai satu minit pun apabila sepakan lambung Zainal Nordin dari tengah padang berjaya menerjah masuk ke gawang MBSA menjadikan kedudukan 2-1 sehingga masa tamat. |
Liga Super FAS-MKLand : PNSB Ikat UMNO FCShah Alam, 20 Ogos – PNSB telah berjaya mengikat UMNO FC selaku pendahulu Kumpulan B dengan jaringan 2-2 dalam saingan Liga Super FAS-MKLand di Stadium Matsushita, Shah Alam, malam kelmarin. Minit 15 babak pertama UMNO FC telah menjaringkan satu gol tetapi jaringan tersebut dibatalkan pengadil. Gol pertama PNSB hadir pada minit 20 melalui Mohamad Safuan Effendi Shuib. Selang 2 minit kemudian, UMNO FC berjaya menyamakan kedudukan. Rembatan kencang Mohamad Safuan Effendi Shuib dari dalam kotak penalti pada minit 38 menjadikan PNSB mendahului 2-1 sehingga babak pertama berakhir. Babak kedua menyaksikan UMNO FC menggandakan serangan dengan memasukkan bekas-bekas pemain kebangsaan iaitu Mubin Mokhtar, Azman Adnan dan Che Zambil, tetapi kekentalan barisan pertahanan PNSB berjaya mengekang asakan demi asakan. Gol penyamaan UMNO FC hanya hadir pada minit 75 menerusi sepakan penalti kontroversi menjadikan kedudukan 2-2 sehingga permainan tamat. Keseluruhan perlawanan amat menarik walaubagaimanapun mutu pengadilan lemah. Dengan keputusan ini, persaingan bagi memasuki peringkat separuh akhir lebih terbuka kepada empat pasukan teratas iaitu UMNO FC, Klang Gate, PNSB dan Flames. |
PNSB Sertai Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2005
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai syarikat Kerajaan Negeri, turut serta memainkan peranan memupuk perpaduan dan kesedaran patriotik dengan turut serta menyertai perarakan. Kontigen PNSB seramai 40 orang terdiri dari kakitangan, anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu PNSB telah terlibat di dalam acara perbarisan ini. Antara acara lain yang telah dilangsungkan adalah Penyerahan Bendera oleh Setiausaha Kerajaan Selangor kepada ketua-ketua Jabatan, Badan Berkanun dan syarikat swasta, acara menaikkan jalur gemilang dan bacaan ikrar dan penutup majlis adalah persembahan bunga api. |
Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor Juara Boling Jemputan PNSB
Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor yang diwakili Ariff Hassan, Mohd Shuhada Sidek, Razif Abdul Malik dan Syamsul A. Rahman mencatat 1,994 jatuhan pin untuk menewaskan 25 pasukan lain yang mengambil bahagian. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor (PSKS) pula muncul naib juara dengan 1,668 jatuhan pin dan tempat ketiga milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan 1,664 jatuhan pin. Antara pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah Pejabat Menteri Besar Selangor, S.U.K., UPEN (Kerajaan Tempatan), Pejabat DUN Selangor, UPEN (Korporat), UPEN (Bahagian Usahawan), Lembaga Perumahan Selangor, RHB Bank, MTES, UPEN (Sosial), UPEN (Penswastaan), Pejabat Tanah & Galian Selangor, Tunjang Bina Sdn. Bhd. dan PNSB Insurance Brokers Sdn. Bhd. Manakala PNSB sendiri telah menghantar 9 pasukan bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Acara yang dipertandingkan ialah berpasukan, individu lelaki dan wanita. Bagi kategori individu lelaki, Abdul Razak Hassan dari pasukan Pejabat SUK Selangor mengungguli tempat pertama dengan 565 jatuhan pin, tempat kedua ialah Razif dari Pejabat Perbendaharaan Negeri dengan 542 jatuhan pin manakala tempat ketiga ialah Nairul Ruzi dari PSKS dengan 538 pin. Bagi kategori individu wanita pula, Noor Ismawati Esa dari pasukan UPEN (Kerajaan Tempatan) muncul juara dengan mengutip 441 jatuhan pin, tempat kedua ialah Siti Rohani Amir Ghani dari pasukan PNSB (D) dengan 429 jatuhan pin manakala tempat ketiga ialah Siti Fatimah Shahran dari pasukan PNSB (F) dengan 404 jatuhan pin. Juara pertandingan berpasukan menerima medal dan baucer tunai dan bagi juara individu lelaki & wanita pula menerima trofi dan barangan elektrik. Hadiah disampaikan oleh Presiden Kelab Sukan & Kebajikan PNSB, Ahmad Zaimi Ibrahim. |
Liga Super FAS-MKLand : PNSB Catat Kemenangan Tipis Di Klang
Gol tunggal PNSB itu diperoleh menerusi tandukan pemain tengah, Mohd Sharul Nizam pada minit ke-75 selepas menerima hantaran berpunca dari sepakan percuma Mohd Fauzan Dzulkifli dari luar kotak penalti. PNSB sepatutnya boleh mendahului jaringan pada awal babak kedua menerusi Mohamed Zulkefly Ani namun, gagal menolak bola masuk ke pintu gol setelah memperdayakan penjaga gawang MPK. Kemenangan ini merupakan kemenangan ketiga dari empat perlawanan yang telah diharungi oleh PNSB. |
PNSB Sumbang RM50,000.00 Kepada Dana Selangor Maju 2005
Di majlis tersebut, Y.Bhg, Dato' Abdul Jabar Bin Kamin, Ketua Eksekutif PNSB telah menyerahkan cek sumbangan kepada YAB. Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor. Tujuan kutipan dana tersebut adalah untuk menjayakan program penerangan Selangor Maju 2005 dengan penglibatan bukan sahaja oleh kerajaan negeri malah turut dijayakan oleh syarikat-syarikat swasta yang ada di Selangor. Majlis juga telah diserikan dengan persembahan dari Kombo MBSA dibawah pimpinan S. Atan dan biduan Ahmad Jais bagi menghiburkan para tetamu yang hadir. Sebanyak lebih kurang RM1.88 juta telahpun berjaya dikumpulkan untuk dana ini.
![]() Dato'
Abdul Jabar bersama para tetamu yang hadir. |
Majlis Penyerahan Pusat Komputer, Taman Setia Balakong
Di majlis tersebut, Y.Bhg, Dato' Abdul Jabar Bin Kamin, Ketua Eksekutif PNSB telah menyerahkan cek sumbangan kepada YAB. Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor. Tujuan kutipan dana tersebut adalah untuk menjayakan program penerangan Selangor Maju 2005 dengan penglibatan bukan sahaja oleh kerajaan negeri malah turut dijayakan oleh syarikat-syarikat swasta yang ada di Selangor. Majlis juga telah diserikan dengan persembahan dari Kombo MBSA dibawah pimpinan S. Atan dan biduan Ahmad Jais bagi menghiburkan para tetamu yang hadir. Sebanyak lebih kurang RM1.88 juta telahpun berjaya dikumpulkan untuk dana ini.
![]() Sedang mencuba peralatan pusat komputer
|