LATAR BELAKANG

Permodalan Negeri Selangor Berhad atau dikenali sebagai PNSB merupakan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor, dibawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI. Sebagai sebuah organisasi milik kerajaan negeri Selangor, PNSB menumpukan pembangunan hartanah sebagai perniagaan teras, dengan membangun kediaman dan komersial serta perumahan dan perbandaran yang mampan dan mampu milik yang tertumpu di negeri Selangor dan Lembah Klang.

KEDIAMAN

Membangunkan kediaman berkualiti tinggi yang kondusif dan mampu milik, demi menjamin keselesaan serta kesejahteraan hidup setiap keluarga di Selangor.

PROJEK

Komited dalam menerajui pelbagai projek pembangunan hartanah yang strategik, inovatif, dan berimpak tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.

PENGALAMAN

Berbekalkan pengalaman selama 35 tahun, kami terus teguh sebagai peneraju yang dipercayai dalam membina masa depan hartanah yang cemerlang.

KOMERSIAL

Menyediakan ruang komersial yang moden dan dinamik, direka khas untuk menyokong ekosistem perniagaan serta memberikan nilai tambah kepada pelabur.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

PNSB fokus dalam menjadi peneraju di dalam bidang tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan aktif di dalam membangunkan program-program komprehensif inisiatif mampan untuk memudahkan pendekatan mengukuhkan peranannya sebagai pemain CSR yang konsisten dan signifikan kepada rakyat negeri Selangor

 

Untuk mencapai wawasan PNSB, iaitu meningkatkan pelaburan dan memperkasakan sosioekonomi negeri Selangor, PNSB sedar bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah tunggak utama untuk merealisasikan matlamat tersebut. Selaku warga syarikat korporat yang prihatin dan bertanggungjawab, PNSB sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dan menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Dari tahun ke tahun, PNSB telah menolong dan membantu mereka yang memerlukan menerusi pelbagai program dan sumbangan.

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare