DIALISIS
PNSB (PNSB Supplies & Services Sdn. Bhd.) |
Permodalan Negeri Selangor Berhad telah menceburi perkhidmatan rawatan dialisis di Negeri Selangor melalui anak syarikatnya iaitu PNSB Supplies & Services Sdn Bhd. Mula beroperasi pada bulan Januari 2007. Pusat rawatan dialisis ini terletak di No 83, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Taman Sri Andalas, Klang. Pusat ini adalah yang pertama di Malaysia yang beroperasi sepenuhnya secara ‘pakai buang’ (Single Use Operation). Pusat ini dikawalselia oleh pakar perubatan buah pinggang (Nefrologi) dan kakitangan terlatih dan berpengalaman. Sehingga kini, pesakit-pesakit yang menerima rawatan adalah dari tajaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Perkeso dan lain-lain. Pusat rawatan ini dilengkapi dengan 11 buah mesin yang beroperasi secara dua sesi. Terdapat perbezaan yang ketara pada tahap kesihatan pesakit apabila menggunakan kaedah “Single Use” ini berbanding dengan pusat rawatan yang menggunakan kaedah guna semula. Pada masa akan datang, PNSB bercadang membuka pusat rawatan dialisis ini di setiap daerah di Negeri Selangor. |