| PEMBANGUNAN PELANCONGAN |
|
Sebuah syarikat usahasama akan ditubuhkan bagi melaksanakan projek ini di mana Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) akan memegang sejumlah 30% ekuiti manakala Gloden Hope Development Sdn. Bhd. (GHDSB) akan memgang sejumlah 70%. GHDSB akan menyuntik tanah pembangunan seluas lebih kurang 500 ekar, manakala PNSB pula akan menyuntik tanah seluas 60 ekar serta hak untuk menebusguna tanah laut seluas lebih kurang 240 ekar. Projek yang dianggarkan akan menelan kos sebanyak RM800 juta bakal merangkumi pembangunan seperti hotel-hotel peranginan pantai, kemudahan penginapan korporat, kawasan perumahan, kawasan perdagangan serta sebuah padang golf persisiran pantai 18 lubang yang baru, juga pembangunan yang bertemakan "Edutainment" atau "Educational Entertainment". Pembangunan ini dijangka akan memenuhi objektif Kerajaan Negeri Selangor di dalam mewujudkan destinasi peranginan pantai yang utama di negeri Selangor serta usaha untuk mempromosi pelancongan secara intensif di samping mewujudkan pemangkin baru kepada pembangunan ekonomi terhadap kawasan pantai selatan negeri Selangor. |