Pembangunan Hartanah


Sektor hartanah adalah sektor yang paling penting dan tulang belakang aktiviti PNSB serta merupakan penyumbang utama kepada pendapatan syarikat. Pembangunan hartanah ini melibatkan pembangunan perumahan, kawasan industri, pusat bandar, bandar baru serta pembangunan kawasan industri.

TAMAN AMAN PUTRA
Taman Aman Putra merupakan projek usahasama dengan Syarikat Semai Ria Sdn. Bhd. yang melibatkan perumahan bercampur merangkumi:

1. Waterfront Semi-D
2. Rumah Teres 2 dan 2 1/2 Tingkat
3. Pangsapuri
4. Kedai/Pejabat 2 & 3 Tingkat
5. Waterfront Commercial Centre

Lokasi projek ini adalah bersebelahan dengan Putrajaya dan Cyberjaya, serta 30km jarak perjalanan dari Kuala Lumpur dan 20km dari KLIA.