Perayaan Ambang Merdeka Sempena Bulan Kemerdekaan Ke 46 Tahun 2003

DEMI menanam dan meningkatkan semangat cintakan Negara serta menghayati erti sebenar kemerdekaan, Permodalan Negeri Selangor Berhad buat kali keduanya telah menghantar kontinjen kawadnya yang terdiri daripada 40 orang peserta untuk menyertai perarakan sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor pada malam 30 Ogos 2003.

Majlis tahunan yang telah dihadiri oleh YAB. Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor serta ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri itu telah dilangsungkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Antara aturcara menarik yang telah diadakan merupakan persembahan kesenian gabungan pelbagai kaum, penyampaian lagu-lagu patriotik, bacaan puisi kemerdekaan dan ikrar kemerdekaan.

Salah satu daripada acara kemuncak pada malam itu merupakan pertandingan acara lintas hormat oleh pelbagai agensi Swasta, agensi-agensi Kerajaan, Sekolah, dan Badan Berkanun. Di bawah syarikat swasta yang telah bertanding, Permodalan Negeri Selangor Berhad telah berjaya menjadi naib juara acara tersebut. Acara "Count Down" detik 12 malam sambil melaungkan MERDEKA! serta persembahan bunga api mengakhiri majlis pada malam yang gilang gemilang itu.

Balik Ke Menu Arkib