Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2003

Jabatan Perpaduan Negeri Selangor bersama-sama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor sebagai salah satu pengisian sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 46 pada pagi 16 Ogos 2003. Majlis yang telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor, telah dilangsungkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Permodalan Negeri Selangor Berhad telah buat kali keduanya menyertai majlis dengan menghantar 40 orang untuk acara perbarisan. Peserta-peserta yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, Sekolah, IPTS/IPTA, Badan Berkanun dan Swasta turut menyertai lintas hormat.

Acara lain yang telah dilangsungkan merupakan Penyerahan Bendera oleh YAB. Dato' Menteri Besar Selangor kepada ketua-ketua Jabatan, Badan Berkanun dan syarikat swasta, acara menaikkan jalur gemilang, pertandingan mewarna dan penyampaian amanat jejak pejuang.


Balik Ke Menu Arkib