| Program Pemasangan Papan Tanda Arah Masjid/Surau Berkonsepkan Rehat Dan Sembahyang Di Seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan | |
Ogos 2003 – Sebagai sebuah badan korporat yang
prihatin terhadap keperluan sosial dan kemasyarakatan, Permodalan Negeri
Selangor Berhad (PNSB) telah menyumbangkan bantuan kewangan untuk membina
papan tanda arah masjid/surau sempena Program Tanda Arah Masjid/Surau
Berkonsepkan Rehat dan Sembahyang Di Seluruh Negeri Selangor. Dalam program ini, PNSB telah menyumbang sebanyak 10 unit papan tanda
arah masjid/surau di daerah Hulu Langat (Masjid Al-Amin, Cheras &
Masjid Al-Aman, Ampang), Gombak (Masjid Sg. Choh & Masjid Al-Firdaus),
Sepang (Masjid Kg. Dato’ Ahmad Razali), Klang (Masjid Bandar Sultan
Sulaiman), Kuala Langat (Masjid DiRaja Alaudin, Bandar), Sabak Bernam
(Masjid Batu 2, Sepintas), Kuala Selangor (Masjid Jamiul Ubudiah, Batang
Berjuntai) dan Petaling (Masjid Riadhus Solihin, Seksyen 17, Shah Alam).
|
|