Kakitangan PNSB Sertai Kursus Motivasi Di Lumut, Perak
Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan semangat bekerjasama dan bersatu padu serta saling membantu dan mengenalpasti dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap individu menjalankan tanggungjawab terhadap syarikat agar lebih komited dan semangat "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" serta "hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah" dapat dipraktikkan. Malam hari kedua program telah diserikan dengan Majlis Makan Malam BBQ Kakitangan PNSB dimana YBhg. Professor Madya Dr. Azahari telah menjadi tetamu kehormat. Turut menjayakan majlis, Puan Hajjah Nora'ini Samat, Pengurus Besar Kewangan/Timbalan Ketua Eksekutif 1 yang telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang "Indoor Games" PNSB. Disamping itu, beliau juga telah menyampaikan hadiah-hadiah bagi sambutan kelahiran kakitangan, persaraan serta anak kakitangan yang cemerlang. YBhg. Professor Madya Dr. Azahari turut menyampaikan hadiah kepada kepada pemenang-pemenang cabutan nombor bertuah.
Kursus motivasi ini juga telah diisi dengan tazkirah subuh yang berkaitan dengan kesedaran kerohanian dan sejarah Islam. Tazkirah subuh telah dibentuk supaya kakitangan syarikat dapat mengikis sikap negatif agar dapat menghayati dan membangkitkan semangat "spiritual" sekaligus memberi ketahanan mental dan fizikal, disamping dapat menyedarkan para peserta akan hala tuju dan matlamat sebenar hidup. Tazkirah subuh telah dikendalikan oleh Y.Bhg. Professor Madya Dr. Azahari Ismail, Ph.D, dari Universiti Putra Malaysia, Serdang. Beliau juga telah mengendalikan sesi-sesi motivasi yang telah disusun pada hari kedua. Antara konsep-konsep yang telah diketengahkan semasa sesi motivasi merupakan konsep-konsep asas menjadi seorang insan yang berjaya dan berjiwa merdeka. Beliau turut menyentuh perkara-perkara seperti faktor-faktor peneguhan kumpulan, fungsi-fungsi kepimpinan serta konsep bekerja. Program hari kedua ini telah di akhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kursus kepada para peserta oleh YBhg. Dato' Abdul Jabar yang juga telah turut serta bersama-sama kakitangan PNSB menyertai Kursus Motivasi Pegawai dan Kakitangan PNSB. |