Young Executive Special Home Ownership Scheme
Program Eksekutif Muda merupakan satu visi yang telah diilhamkan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar bagi memudahkan dan menggalakkan golongan eksekutif muda yang berusia 40 tahun ke bawah menikmati kemudahan pembelian kediaman pertama. Dengan adanya projek tersebut, kawasan baru yang dibuka boleh dibeli oleh golongan eksekutif muda, sekali gus membantu keluarga muda disamping industri perumahan dan hartanah di Selangor dapat dibangunkan dan seterusnya menggerakkan ekonomi dalaman dengan lebih efektif. Permodalan Negeri Selangor Berhad dan LBS Bina Group Berhad telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan skim galakan "Young Executive Special Home Ownership Scheme" dengan kerjasama syarikat-syarikat kewangan. Program ini memberi keutamaan kepada golongan eksekutif muda yang berkelayakan untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan hanya membayar RM1,000.00 sahaja sebagai wang pendahuluan. Bayaran untuk urusan lain dalam pembelian rumah akan diuruskan oleh pihak bank yang terlibat. Program tersebut juga merupakan satu strategi pemasaran syarikat untuk menarik golongan eksekutif muda memiliki kediaman yang bernilai di antara RM105,000 hingga RM148,000.00 di Bandar Saujana Putra di Kuala Langat. |