PNSB Sumbang RM10,000.00 Kepada Tabung Keamanan Antarabangsa Malaysia
Majlis Semarak Kedamaian merupakan majlis yang dianjurkan oleh MBM bertujuan untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada Tabung Keamanan Antarabangsa. MBM adalah sekretariat bagi menyelaraskan Tabung Keamanan Antarabangsa Malaysia bersama-sama pertubuhan NGO dan media massa bagi mengutip dana kemanusiaan rakyat Iraq. Majlis juga telah diserikan dengan persembahan puisi bagi melahirkan semangat cintakan negara dan kedamaian. Sebanyak lebih kurang RM300,000.00 telahpun berjaya dikumpulkan untuk tujuan tersebut melalui Majlis-Majlis Belia peringkat negeri serta syarikat-syarikat korporat yang lain. |