Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Di Bawah Program Mesra Rakyat & Kerajaan Prihatin

PUCHONG: Sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini, sembilan daerah di Selangor menerima lembu korban untuk masjid dan surau sumbangan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Sumbangan disampaikan melalui Pegawai Daerah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada majlis di Dewan Serbaguna MPSJ, Batu 14, Puchong sempena dengan program Mesra Rakyat, Kerajaan Prihatin anjururan PNSB.

Ketua Eksekutif PNSB, Datuk Abdul Jabar Kamin, berkata majlis itu mencerminkan sokongan padu PNSB selaku anak syarikat kerajaan negeri terhadap program Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin yang ditekankan kerajaan negeri. Beliau berkata, PNSB rnenyumbang 123 lembu kepada masjid dan surau yang ditetapkan di setiap daerah di Selangor untuk dikorbankan dan diagihkan kepada fakir miskin. Katanya, bagi program sumbangan lembu sempena Aidiladha, PNSB rnendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) menyediakan 123 ekor lembu dan menghantar ke masjid.

"PNSB menyusun banyak program menjurus ke arah kemasyarakatan selaras agenda kerajaan negeri membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin. Program ini berkonsepkan memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonorni komuniti yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan atau program kebajikan," katanya.

Abdul Jabar berkata, sebelum ini, PNSB banyak membabitkan diri dalam program amal yang dianjurkan kerajaan negeri dan Badan AmaI dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis). Katanya, PNSB akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai anak syarikat yang bertanggungjawab dalam merealisasikan agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan agar rakyat yang kurang bernasib baik di Selangor menikmati hidup lebih selesa.

"Prograrn kita tidak setakat membabitkan golongan kurang upaya, warga tua, anak yatim dan fakir miskin, malah menganjurkan seminar dan kursus peningkatan diri dan motivasi serta tuisyen khas untuk pelajar, khususnya dari keluarga miskin," katanya.

Beliau berkata, waIaupun badan korporat, PNSB tidak ketinggaIan menyumbang kepada program Kerajaan Prihatin membina dan membaiki rumah usang rakyat termiskin yang giat dilaksanakan di Kuala Langat, Petaling, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Di bawah program ini juga PNSB diberi tanggungjawab mengenal pasti dan memperbaiki atau membina semula rumah nelayan di Selangor dengan peruntukan kira-kira setengah juta," katanya.

Arkib Berita PNSB