Gambar-Gambar Sekitar Pertandingan Golf Persahabatan 2010 Anjuran Permodalan Negeri Selangor Berhad.
|
| PNSB MENYERAHKAN SUMBANGAN 375 LEMBU HIDUP KEPADA PEGAWAI TADBIR AGAMA ISLAM SETIAP DAERAH NEGERI SELANGOR UNTUK DIAGIHKAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), syarikat Kerajaan Negeri Selangor, telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu-lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Peringkat Negeri Selangor 1430/2009 yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor di Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19, Shah Alam pada 23 November 2009. Melalui majlis yang telah dianjurkan, acara penyerahan lembu-lembu korban dilaksanakan secara simbolik iaitu melalui penyerahan skrol surat kuasa kepada wakil-wakil Pegawai Tadbir Agama Islam 9 daerah di negeri Selangor oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Cara penyerahan lembu-lembu korban pada tahun ini adalah dengan menyerahkan sumbangan kepada Pegawai Tadbir Agama Islam (Kadi) setiap daerah negeri Selangor. Kadi daerah masing-masing kemudiannya akan melaksana dan seterusnya mengagihkan lembu-lembu korban kepada seluruh masjid di negeri Selangor. Majlis turut disaksikan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Selangor, Ketua-ketua Jabatan Negeri Selangor serta wakil daripada Masjid seluruh negeri Selangor. Majlis tahunan yang mula dilaksanakan sejak tahun 2002 ini merupakan salah satu agenda Kerajaan Negeri Selangor di dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup serta membela nasib rakyat termiskin menerusi Kerajaan Prihatin bertujuan memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan kewangan atau melalui pelaksanaan program-program kebajikan. |