-
Memberi sokongan dan komitmen sepenuhnya
terhadap perlaksanaan Koridor Raya Multimedia, Putrajaya, Cyberjaya
serta projek Kerajaan Persekutuan yang lain.
-
Mengimbangi pembangunan di antara
Lembah Klang dan kawasan lain di Selangor Darul Ehsan, termasuk kegunaan
tanah perumahan, perindustrian, perhutanan dan pertanian.
-
Mempertingkatkan penghayatan dan kefahaman
Agama Islam dan moral melalui pendidikan bersepadu serta menyeluruh,
terutama dikalangan generasi muda.
-
Mewujudkan tenaga pekerja mahir dan
berteknologi tinggi melalui program pembangunan kemanusiaan yang bersepadu
bagi menangani pembangunan pesat.
-
Mengkaji dan menyusun semula fungsi
penguasa tempatan, terutama kebersihan alam sekitar, pendapatan dan
perbelanjaan.
-
Melaksanakan program bagi membanteras
gejala sosial bersama Kerajaan Persekutuan, termasuk memberikan pendidikan
agama yang sebaik mungkin.
-
Mewujudkan kelas menengah Melayu melalui
badan berkanun kerajaan negeri serta syarikat miliknya, terutama melalui
program pembangunan usahawan.
-
Menyediakan lebih banyak rumah murah
dan rumah sederhana bagi mereka yang kurang berkemampuan terutama
di luar bandar dan ladang.
-
Menggalakkan pertumbuhan industri
kecil dan sederhana serta industri sokongan terutama sekali di kawasan
luar bandar.
-
Memodenkan serta mempelbagaikan sektor
pertanian di kawasan luar bandar dan ladang bagi meningkatkan produktiviti,
terutama dalam bidang makanan dan ternakan bagi menangani inflasi
di Selangor.