PROFIL SYARIKAT

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan telah diperbadankan pada 15 Oktober 1990 di bawah Akta Syarikat 1965. PNSB mula beroperasi pada 1 Disember 1991.

PNSB telah ditubuhkan untuk mengambilalih operasi projek komersial Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) atau SSI dan melaksanakan projek-projek pembangunan PNSB sendiri yang melibatkan kepelbagaian aktiviti seperti pembangunan hartanah, pelancongan, pelaburan, pembuatan dan perkhidmatan

PNSB berkeyakinan penuh di dalam mengimbangi keuntungan dan tanggungjawab sosial dan turut serta di dalam pembangunan Mesra Rakyat bersama Kerajaan Negeri Selangor.

PNSB adalah sebuah syarikat yang berwibawa dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan profesional kepada rakan kongsi dan pelanggan-pelanggannya.

 
MISI WAWASAN MOTTO
Mencapai Kecemerlangan Produktiviti Ekonomi dan Pelaburan Negeri.
PNSB Pemangkin Kemajuan Negeri.
Terbaik Dari PNSB
 

DASAR KUALITI

Menjadi Sebuah Organisasi Korporat Yang Dinamik dan Berdaya Maju Dalam Aktiviti Ekonomi Dan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Selangor.

 
ANAK-ANAK SYARIKAT
 

PNSB DEVELOPMENT SDN. BHD.

PNSB MANAGEMENT CONSULTANCY SDN. BHD.
PNSB SUPPLIES AND SERVICES SDN. BHD.
PNSB PROPERTIES SDN. BHD.
PNSB CONSTRUCTION SDN. BHD.
PNSB TRADING SDN. BHD.
PNSB INSURANCE BROKERS SDN. BHD.
PORT KLANG LOGISTICS CENTRE SDN. BHD.