| PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN PNSB | ||
![]() Keadaan rumah sebelum dibina. ![]() Rumah yang telah siap dibina. |
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
bersama-sama dengan syarikat-syarikat Kerajaan dan korporat di bawah naungan
Kerajaan Negeri Selangor, merupakan salah sebuah organisasi yang turut
menyumbang untuk tujuan tersebut. |
|
Program Bantuan Makanan Dan Wang Perbelanjaan Sekolah Kepada Rakyat Miskin |
||
Sumbangan tersebut telahpun mula disalurkan sejak bulan Februari 2003. Seramai 217 keluarga dan ibu tunggal dari daerah Gombak, Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Hulu Selangor telahpun disenaraikan untuk menerima sumbangan. Dari daerah Gombak sahaja seramai 50 keluarga dan ibu tunggal yang layak telahpun menerima bantuan, manakala 35 keluarga dari daerah Sepang, 56 keluarga dari Hulu Langat, 23 keluarga dari Petaling dan 53 keluarga dari daerah Hulu Selangor juga telah menerima bantuan barangan tersebut. PNSB juga tidak melupakan tanggungjawab sosialnya sebagai sebuah syarikat yang prihatin di dalam membela nasib pelajar-pelajar miskin. Justeru sumbangan bantuan kewangan sebanyak RM 30.00 sebulan juga akan disalurkan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Program sumbangan tersebut juga akan dijadikan sebagai aktiviti bulanan PNSB dan akan mula disalurkan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada seluruh daerah Selangor tidak lama lagi. Program ini merupakan kesinambungan sokongan
PNSB terhadap agenda Kerajaan Negeri Selangor di dalam usaha mempertingkatkan
serta membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat
dan Kerajaan Prihatin. Program ini berkonsepkan memberi tumpuan khusus
kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonomi komuniti
yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan atau
dengan cara melaksanakan program-program kebajikan. |
||
| Program Kesejahteraan Rakyat (Nelayan) | ||
Sebagai mencerminkan sokongan padu terhadap program Kerajaan Prihatin dan Mesra Rakyat ini, PNSB selaku anak syarikat Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kira-kira RM697,000.00 bagi membina semula atau membaiki rumah nelayan di Selangor yang dikenalpasti dalam kategori termiskin pada tahun 2003. Ke arah itu, PNSB telah membina 41 buah rumah nelayan yang bernilai RM17,000.00 setiap sebuah di mana bantuan tersebut telah membabitkan 17 buah rumah nelayan di daerah Kuala Selangor, 15 buah di Kuala Langat dan 9 buah di daerah Sabak Bernam. Program ini merupakan kesinambungan kepada program yang telah dilaksanakan pada tahun 2002 di mana PNSB telahpun mendirikan 29 buah rumah nelayan. Antara syarat-syarat kelayakan pemilikan rumah nelayan yang dikenalpasti adalah nelayan yang terlibat haruslah berdaftar dengan Persatuan Nelayan, berpendapatan kurang karipada RM250.00 sebulan, umur tidak kurang daripada 40 tahun serta nama nelayan mesti disyorkan oleh Persatuan Nelayan setempat. Antara lain, nelayan tersebut tidak mempunyai rumah atau rumah sedia ada uzur tetapi seseorang nelayan itu mesti mempunyai tapak rumah sendiri. Walaubagaimanapun, sebelum pembinaan rumah nelayan dilaksanakan, Jawatankuasa Pelaksana akan mengadakan lawatan ke setiap rumah yang disyor atau dicadangkan agar tiada penyelewengan berlaku. Pembinaan rumah nelayan akan diteruskan pada tahun 2004 dan sehingga kini, sebanyak 60 buah rumah telahpun dicadangkan untuk dibina yang meliputi daerah Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Kuala Selangor. PNSB akan terus melaksanakan tanggungjawab
sebagai anak syarikat yang bertanggungjawab dalam merealisasikan agenda
kerajaan untuk membasmi kemiskinan agar rakyat yang kurang bernasib baik
di Selangor menikmati hidup yang lebih selesa. |
||