Hubungi Kami Utama

PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT KEPADA MELAWAT RUMAH PERLINDUNGAN SAFIYYAH DI ALAM JAYA, PUNCAK PERDANA

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Kelab Kebajikan PNSB telah melawat Rumah Perlindungan Safiyyah di Alam Jaya, Puncak Perdana pada 11hb Oktober bagi menyerahkan bantuan zakat dan sumbangan barangan keperluan. Majlis Penyerahan Zakat telah disempurnakan oleh Puan Juanna Hilda binti Dato' Julaini, Pengurus Besar Perundangan yang menyerahkan bantuan zakat sebanyak RM5,000.00 kepada Rumah Perlindungan Safiyyah.

Kelab Kebajikan PNSB juga turut mengutip derma di kalangan warga kerja PNSB bagi membeli barang-barang keperluan harian seperti makanan kering dan makanan sejuk-beku, barang kelengkapan peribadi seperti sabun dan ubat gigi serta lain-lain barangan yang turut diserahkan pada majlis yang sama. Rumah Perlindungan Safiyyah mempunyai seramai 62 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yang kurang bernasib baik termasuklah anak-anak yatim.