Hubungi Kami Utama

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan

Kontinjen Perbarisan Permodalan Negeri Selangor Berhad telah menjadi Juara dalam Acara Perarakan dan Perbarisan bagi Kategori GLC/ NGO/ Swasta sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan. Sambutan telah diadakan pada malam 30hb Ogos 2018 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Sebanyak 58 kontinjen telah turut serta dalam Acara Perarakan dan Perbarisan pada sambutan tahun ini. Majlis sambutan telah dihadiri oleh YAB. Dato’ Menteri Besar, Tuan Amirudin bin Shari serta isteri, YB. Speaker Dewan Negeri Selangor, Tuan Ng Suee Lim serta pegawai-pegawai tertinggi pentadbiran negeri. Majlis sambutan turut dihadiri oleh orang ramai yang telah membanjiri kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam seawal jam 8 malam. Majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api pada jam 12.00 tengah malam.