Hubungi Kami Utama

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN STRAY FREE SELANGOR: THE HUMANE AND COMPASSIONATE WAY

Permodalan Negeri Selangor Berhad dengan bangganya telah menyumbang kepada Kempen Stray Free Selangor(SFS): The Humane and Compassionate Ways. Kempen ini dianjurkan oleh SPCA Selangor dan dinaungi oleh Penaung Di-Raja, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Majlis Pelancaran Kempen SFS telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 23/03/2017, jam 10.30 pagi.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah perkenan mencemar duli berangkat ke majlis pelancaran ini. Turut berangkat ke majlis adalah DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor. Dif-dif kehormat termasuklah YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Haji Ali dan isteri, Penaung SPCA Selangor, Tan Sri Lee Lam Thye dan isteri, dengan Pengerusi SPCA Selangor, Cik Christine Chin - Radford.

Kempen SFS merupakan sebuah program di mana haiwan jalanan seperti anjing dan kucing dilayan dengan penuh ihsan dan timbang rasa. Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang berusaha ke arah program kawalan haiwan jalanan (stray animals) yang berkesan lagi berperikemanusian. SFS menumpukan kepada pendidikan ihsan, pengkasian(pemandulan) haiwan bervolum tinggi dan peranan kerajaan tempatan dalam mencari kaedah yang efektif dan berkesan bagi mengawal populasi haiwan jalanan di Malaysia khususnya di Selangor.