Hubungi Kami Utama

MAJLIS PENYERAHAN CEK SUMBANGAN PIALA SULTAN SELANGOR 2017 (THE SULTAN OF SELANGOR’S CUP 2017)

YBhg Dato’ Hj. Ahmad Bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menghadiri Majlis Penyerahan Cek Sumbangan ‘The Sultan of Selangor’s Cup 2017’ yang telah diadakan pada 3 April 2017, 3.30 petang, bertempat di Istana Alam Shah, Klang. PNSB telah menyumbang sebanyak RM100,000.00 bagi menjayakan kejohanan edisi ke-16 ini yang bakal diadakan pada Sabtu, 6 Mei 2017 di Stadium Nasional Singapura.